Pantun 1
Jatuh sebuah ke Melaka,
Langit runtuh bumi tenggelam,
Tinggallah syurga dengan neraka.
Huraian : Pantun ini menjelaskan tentang kejadian kiamat akan berlaku dan pada masa itu langit akan runtuh dan bumi akan tenggelam. Sehubungan itu juga manusia semua akan mati dan manusia akan menerima pembalasan masing-masing. Yang baik akan dimasukkan ke syurga dan yang jahat akan menerima pembalasan di neraka.
Bunga kenangan di atas kubur,
Pantun 2
Sayang selasih burung angkasa,
Apa guna sombong takbur,
Akhir badan rosak binasa.
Huraian : Pantun di atas mengajar atau memberi nasihat kepada manusia agar jangan bersifat sombong dan takbur. Ini kerana lama-kelamaan orang yang berperangai sedemikian tidakdisukai orang dan akan menerima pembalasan atas setiap perbuatannya.
Anak ayam turun sepuluh,
Pantun 3
Mati seekor tinggal sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.
Huraian : Pantun di atas menjelaskan tentang perkara yang perlu dilakukan pada waktu pagi. Sebagai orang islam mestilah bangun pagi untuk sembahyang subuh. Seterusnya selepas sembahyang mohonlah ampun kepada tuhan atas segala dosa yang dilakukan.
Khoja Baktab terlalu mungkar,
Pantun 4
Menteri kepada Raja Nasran,
Di dunia dicari terlalu sukar,
Serah sahaja ke hadrat Allah.
Huraian : Segala benda atau perkara yang dikehendaki di dunia ini apabila sukar untuk ditemui. Perlulah meminta dan menyerah diri kepada Allah. Ini kerana segala kejadian yang berlaku adalah ketentuanNya.
Anak ayam turun sembilan,
Pantun 5
Mati seekor tinggal lapan,
Duduk berdoa pada Tuhan,
Minta jalan ketetapan.
Huraian : Sebagai orang Islam kita perlu sentiasa berdoa dan memohon jalan ketetapan agar setiap perbuatan yang dilakukan mendapat keredhaan dari Tuhan Yang Maha Esa.