HUBUNGAN PEMBAYANG DENGAN MAKSUD
Keistimewaan pantun yang lain juga terletak pada perhubungan makna antara pasangan-pasangan pembayang dan maksud dalam suatu untaian. Perkara ini perlu kajian yang serba mendalam. Setidak-tidaknya secara teori semiotik. Dalam pantun, perhubungan antara pembayang dengan maksud kadang-kadang ada dan kadang-kadang tiada. Bentuk hubungan antara pembayang dengan maksud lebih umum dalam bentuk perlambangan yang difahami masyarakat. Hubungan itu ada yang bersifat objektif dan subjektif. Kadang-kadang hubungan itu berlaku secara kebetulan sahaja.

PENDAHULUAN
Pantun telah menampakkan perkembangan dan liku-liku sejarah peradaban kehidupan masyarakat yang melahirkannya, lingkaran pengaruh disekeliling, "world view" masyarakat yang mengucapkannya dan kekreatifan masyarakatnya. Pantun telah digunakan dalam semua aspek kehidupan sama ada untuk gurauan, hiburan, di dalam upacara perdukunan, adat istiadat dan perundangan hingga kekal ke hari ini. Pantun agak berbeza dengan puisi baru. Perbezaan tersebut ialah dari segi bentuk, pemilihan diksi, jalan irama, fikiran dan perasaan yang terjelma di dalamnya.
Langgan:
Catatan (Atom)