PENDAHULUAN

Pantun telah menampakkan perkembangan dan liku-liku sejarah peradaban kehidupan masyarakat yang melahirkannya, lingkaran pengaruh disekeliling, "world view" masyarakat yang mengucapkannya dan kekreatifan masyarakatnya. Pantun telah digunakan dalam semua aspek kehidupan sama ada untuk gurauan, hiburan, di dalam upacara perdukunan, adat istiadat dan perundangan hingga kekal ke hari ini. Pantun agak berbeza dengan puisi baru. Perbezaan tersebut ialah dari segi bentuk, pemilihan diksi, jalan irama, fikiran dan perasaan yang terjelma di dalamnya.

Isnin, 19 Mac 2012

PANTUN KEAGAMAAN

Pantun lain yang tidak kurang istimewanya ialah pantun keagamaan. Pantun keagamaan dikemukakan untuk memberi nasihat, saranan, pengajaran, panduan, contoh, tauladan dan lain-lain lagi. Selain itu, pantun keagamaan juga menjelaskan kepada kita bahawa penyebaran agama Islam ke Tanah Melayu sudah lama. Ekoran dari itu, bait-bait puisi memasukkan unsur keagamaan dalam rangkap pantun.